Saturday, March 28, 2009

kerdilnya diri ini...

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga aku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hambaNYA.

Subhanallah..

Alhamdulillah..

Allahuakbar…

Semalam, aku membuka laman-laman blog junior2 aku semasa zaman sekolah dulu. Subhanallah.. terasa diri ini jauh ketinggalan dengan junior2 aku semua. Terasa diri ini begitu hina. Walaupun aku senior tetapi ilmu di dada tidak semantap junior2 aku semua. Mungkin diri ini perlu muhasabah kembali. Perbetulkan kembali niat. Gali ilmu2 allah di mana-mana sahaja sumber yang ada. Namun, aku gembira kerana junior2 aku menjadi orang-orang hebat di kampus masing-masing. Masih lagi terus istiqamah di jalan dakwah. Dan aku juga begitu gembira apabila melawat blog seorang junior. Dahulu dia merupakan seorang pelajar biasa dan tidak pula memegang apa2 jawatan penting di sekolah dan seingat aku dia tidak terlibat langsung dengan BADAR sekolah aku dulu. Tetapi sekarang dia memegang jawatan sebagai exco dakwah di MMU. Subhanallah.. begitu cantik aturan Allah. Ilmunya lebih banyak jika dibandingkan dengan diriku ini. Jika antum ingin mengetahui siapakah gerangan junior2 aku tue, antum boleh klik kat syabab links yang ada Ex SMKAM kat belakang namanya itu. Semoga mereka terus istiqamah di jalan HAQ. Semoga mereka terus memecut ke depan dan takkan berpaling lagi. Begitu juga bagi diriku ini, perlu sentiasa muhasabah. Bagi diriku sendiri, sejak 2 3 minggu ini, aku agak lalai. Subhanallah.. aku ingin mencari kembali kekuatan diri. Ya Allah bantulah hambaMU ini. Jangan lah kau berikan aku ujian yang tidak termampu untuk aku menghadapinya… bantulah aku ya Allah… hanya padaMU aku meminta, hanya padaMU aku mengadu, hanya padaMU aku merayu.. amen…

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih