Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam yang menguasai apa yang ada di langit dan juga di bumi ini, yang menguasai alam nyata mahupun alam ghaib. Tiada kekuasaan yang melebihi kekuasaanNYA di alam raya ini. subhanallah.. Selawat serta salam ke atas nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat, para ualiya, serta pejuang2 agama Allah yang tidak pernah pudar semangat mereka untuk terus berjuang bagi menegakkan agama Islam di muka bumi Allah ini.
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahukbar...
Segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberikan aku ruang dan waktu untuk aku terus berkelana di atas muka bumi ini. Alhamdulillah…. Rasanya sudah lama aku tidak mencoret perihal kehidupanku di ‘rumah’ aku ini. Untuk artikel kali ini, ingin aku coretkan pengalamanku bersama beberapa orang sahabatku mengikuti satu program motivasi yang di adakan di Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian. Aku agak susah sedikit untuk mengupdate blog aku ini lantaran laptopku buat hal sedikit. Sebenarnya laptopku terkena virus selepas seorang sahabatku menggunakannya untuk membuat sedikit kerja. So, laptopku ini terpaksa di format la. Segala bahan2 yang telah aku install sebelumnya akan hilang la nampaknya dan terpaksalah aku install balik nanti. agak menyusahlah sedikit kerana sekarang ini banyak kerja yang terpaksa aku siapkan tetapi terbantut kerana masalah laptop ini. hehe.. insya’allah malam ini aku akan serahkannya kepada yang pakar, huhu…
Berbalik kepada program yang ingin aku ceritakan tadi. Nama program motivasi itu ialah Keindahan Bersama-Mu (KBM). Sebenarnya program ini agak femes di seluruh Negara la. Tetapi di Kelantan agak kurang femes la skit sebenarnya. Hehe… mungkin di Kelantan banyak program lain yang menyebabkan program ini kurang femes kot, huhu… dan mungkin juga program ini jarang diadakan di Kelantan. Biarlah dengan semua tue, yang penting sesiapa yang menyertai program ini pasti akan berpuas hati dan akan merasai kesannya di akhir program ini. untuk program kali ini, ini merupakan pengalaman pertama aku bekerjasama dengan abang bai, iaitu pengarah@pengurus KBM Excellence kerana sebelum2 ini aku dan sahabat2 yang lain bekerjasama dengan baba kami.
Kami bertolak ke USMKK pada malamnya iaitu selepas solat maghrib. Aku bersama fazli, nabil, rauhan quddus dan ubai bertolak ke sana. Pada malam itu, hanya sesi taklimat untuk fasi yang akan mengendalikan program keesokan harinya. Semasa sesi taklimat sedang berjalan, baba tiba2 muncul. Alhamdulillah, selepas sekian lama tak bersua muka dengan baba, dapat jugalah kami melepaskan rindu masing-masing apabila menatap wajah baba. Terasa ketenangan menyelubungi hatiku. Hmmm.. pada mulanya, aku menyertai program itu hanya untuk menjadi fasilitator biasa je, tetapi pada malam itu, satu tugsan baru terpaksa aku terima apabila di suruh menjadi videoman/cameraman sepanjang program itu berlangsung. Tugas itu, aku pikul bersama sahabatku akhi fazli. Memang program2 sebelumnya sudah menjadi tugas aku merakam perjalanan program dan seterusnnya membuat video untuk ditayangkan kepada peserta nanti. selepas selesai sesi taklimat, kami semua pergi ke motel impiana yang merupakan tempat penginapan kami sepanjang menjadi fasi untuk program KBM ini.
Pagi keesokannya, aku bersama sahabat2 menunaikan solat subuh berjemaah di surau motel. Selesai menunaikan solat subuh, kami menikmati sarapan pagi di kedai makan. Baba yang membawa kami semua ke sana dan baba lah yang belanja kami semua, hehe.. syukran baba.. selesai makan, baba membawa kami ‘melawat’ padang golf. Selepas melawat padang golf, kami melakukan sedikit excerise di pagi hari dengan berjalan kaki hampir 2KM kot. Hehe… program KBM bermula lebih kurang pada pukul 9.30 pagi. Untuk sesi pertama ini, sesi ini di beri nama Knowing You Knowing Me. Dalam sesi ini, para peserta dapat bergurau senda dengan sahabat masing-masing di samping dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama mereka. Untuk sesi ini, aku seperti biasa menjalankan tugas seperti yang di amanahkan. Selesai sesi ini, aku terus membuat video untuk sesi itu yang menggunakan lagu tema satu tekad. Alhamdulillah video itu dapat aku siapakan dalam masa x sampai sejam rasanya. Sambil aku membuat video itu, sahabatku fazli mengambil alih sebentar tugasku merakamkan aksi para peserta. Dan video yang dirakamkan itu juga akan di edit menjadi video yang akan menggunakan lagu tema jalinan, sesuai dengan aktiviti yang dijalankan tadi.
Sesi berhenti rehat sebentar untuk member laluan kepada muslimin menunaikan solat jumaat manakala muslimat menunaikan solat zohor. Aktiviti pada sebelah petang bermula lebig kurang jam 3.30 petang. Aktiviti petang ini diberi nama In-Team. Untuk sesi ini, abang bai bermain dengan perasaan mereka bersama sahabat masing-masing. Aktiviti inilah juga berjaya menumpaskan ego peserta di depan sahabat masing-masing apabila ada di kalangan peserta yang menangis. Alhamdulillah, aktiviti ini mendapt refleksi yang baik daripada para peserta. Selesai aktiviti In-Team, para peserta melakukan riadah. Untuk peserta akhowat, mereka beriadah di dalam dewan nurani iaitu tempat berlangsungnya program KBM itu manakala peserta ikhwah dan juga fasi beriadah di padang. Dan Alhamdulillah aktiviti riadah pada sebelah petang itu dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kami.
Malamnya program dimulakan dengan upacara perasmian oleh Dr. Wan Nudri. Selesai upacara perasmian, aktiviti Meniti Angin Malam 1 dan Meniti Angin Malam2 berlangsung. Semasa aktiviti meniti angin malam 1 sedang berlangsung, semua para fasi diberi taklimat untuk melaksanakan aktiviti meniti angin malam 2 yang akan melibat peranan fasi. Semua fasi diberi tugas masing-masing untuk aktiviti itu. Aku pula diberi tugas untuk menjadi malaikat maut, hehe.. sebenarnya aktiviti meniti angin mala mini adalah ingin menyedarkan kepada semua peserta bahawa detik kematian bila2 masa sahaja akan menjelma menjemput kita. Aktiviti ini juga memberikan pendedahan kepada para peserta tentang seksaan kubur nanti oleh malaikat mungkar dan nakir. Semasa aktiviti ini, semua mata peserta ditutup dengan kain hitam manakala lampu dewan dipadamkan dan semua peserta berada keseorangan bukan berada dalam kumpulan lagi seperti aktiviti2 sebelum ini. Semasa mata mereka ditutup, abang farid dan juga abang bai memainkan peranan mereka. Abang farid membawa mereka mengembara ke alam lain. Manakala semua fasi bersiap sedia dengan tugasan yang akan dilakukan nanti apabila mendapat arahan. Semasa tiba giliran aku untuk melaungkan soalan malaikat maut, aku melaungkan dengan sepenuh hati ku. Sehinggakan selepas aktiviti itu, suaraku ‘hilang’ sebentar kerana sudah habis aku laungkan semasa aktviti itu. Tamat sahaja aktiviti meniti angin malam, aku bersama sahabat2ku menuju ke rumah baba kami. Untuk malam itu, kami semua tidur di rumah baba.
Keesokan paginya, kami dikejutkan oleh baba. Selesai mempersiapkan diri, kami semua pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai solat, kami menikmati sarapan pagi di kedai makan yang sama seperti semalam. Selesai menjamu selera, kami pulang ke rumah baba dan menyiapkan diri untuk ke USMKK untuk aktiviti terakhir hari ini. pagi ini, aktiviti bermula lebih kurang pada jam 9.30 pagi. Tayangan video peserta sepanjang aktiviti ditunjukkan kepada semua para peserta. Selesai tayangan, aktiviti lafaz yang tersimpan bermula. Untuk aktiviti ini, abang bai dan abang farid bermain emosi dengan para peserta tentang ibu bapa. Di akhir aktiviti ini, boleh dikatakan semua peserta mengalirkan air mata masing-masing mengenangkan ibu bapa mereka di kampung. Semasa peserta menulis surat untuk ibu bapa mereka, aku dapat melihat para peserta menulis dengan hati dan emosi mereka. Betapa cinta dan kasihnya mereka kepada ibu bapa. Hatiku juga turut tersentuh semasa aktiviti ini berlangsung namun dapat ku kawal. Selesai semua aktiviti, semua para peserta dan juga fasilitator bergambar kenang-kenangan. Sesungguhnya program seperti ini memberikan banyak pengalaman yang berharga kepadaku. Dan insya’allah akan ku aplikasikan dalam kehidupan ku sebagai seorang guru nanti. insya’allah..
Semoga program seperti ini akan terus mendapat sambutan di seluruh Negara.
p/s: maaflah, susunan ayat agak kurang menarik kerana kekurangan idea dan kekangan masa. Maklumlah sekrang ini agak sibuk dengan assignment dan laptop pun buat hal. Jadi ana, gunakan masa yang ada ini semaksima mungkin untuk mencoret pengalaman ana ini. dan insya’allah di lain2 masa ana cuba perbaiki.
Semoga semua yang membaca mendapat manfaatnya..
2 comments:
salam
bagaimana caranya utk menyertai KBM ini?
KBM ni tak selalu ada...kecuali jika di minta oleh mana INstitusi jer..maaf tolong jawab. tapi tuan blog ni boleh bagi alamat bagi sesiapa yg nak buat di sekolh/ipt/mereka.
....Izat baba nak bagitau blog anta ni dah ada semobady tengah buat objection...baik buat back-up apa yg patut. Ada tanda2 kena hack. baba dah kena dulu...ok dah lama tak jenguk blog anta. Ingatlah saat2 manis salam ukhwah...dirimu adalah anugerah. baba tetap mengingatimu selalu...teruskan istiqamah
Post a Comment