Friday, April 10, 2009

Di Hari Lahirku...


Alhamdulillah syukur yang tak terhingga aku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih lagi menghembuskan roh ke dalam jasadku yang hina ini.

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahuakbar…

Alhamdulillah dapat lagi diri ini memuji yang yang ESA.. kiranya tidak lewat lagi bagi ku untuk mencoretkan sedikit bingkisan hidupku sempena hari lahirku yang ke 21. Subhanallah.. rupanya usia semakin singkat, tidak sedar diri ini akan peredaran masa yang begitu pantas meninggalkanku.. masa-masa yang lalu tidak akan kembali lagi menemui ku untuk kali keduanya. Namun, masa-masa yang mendatang belum tentu bagiku untuk menemuinya. Mungkin diri ini terbujur kaku sebelum usia mencapai 22 tahun atau lebih awal dari tu.. semuanya ketentuan Allah. Allah yang menentukan hidup dan mati setiap makhlukNYA. Dalam meniti usia 21 tahun ini, mungkin terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Namun, berapa kalikah aku bertaubat??? Diri ini hina sekali, begitu angkuh di hadapan al-Khaliq. Aku hanyut, aku alpa, aku leka, aku lalai dengan nikmat yang diberi pinjam olehNya. Begitu sedikt aku bersyukur memuji yang ESA dengan nikmat yang aku dapat sekarang.. subhanallah, begitu jahilnya diri ini.

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah.. terimalah taubat ku yang Allah.. terimalah taubatku ya Allah.. hanya padaMu aku meminta, hanya padaMu aku memohon,hanya padaMu aku merayu..

Begitu banyak masa muda remaja ku dihabiskan dengan perkara yang sia-sia jika dibandingkan dengan ibadah yang aku lakukan.. bagaikan langit dan bumi. Selama 21 tahun lepas, apakah yang telah diri ini lakukan? Berapa banyak amal kebaikan yang telah aku lakukan? Kiranya, lebih banyak amal kejahatan jika dibandingkan dengan amal kebaikan.. hmm.. subhanallah betapa jauhNya diri ini dari agama Allah.. ampunkan hambaMu ini ya Tuhan.. ampunkan aku.. aku hamba berdosa..

Hmm, sempena hari lahirku yang ke 21 ini, banyak ucapan yang aku terima daripada sahabat2ku, cikgu aku dulu, dan adik2 junior.. tepat jam 12.00 malam semalam, aku menerima mesej pertama daripada sahabatku.. syukran ya akhi untu ucapan pertama mu itu…

“salam, saudaraku nazirul izzat. Ku zahirkan selamat hari lahir yang ke 21. Moga dipanjangkan umur dalam ketakwaan. Moga dikurniakan rezeki yang luas dan berkat. Ingatlah, semakin panjang umur kita, semakin dekat kita dengan kematian. Berusahalah dengan mujahadah yang sebenar. Moga dirimu dirahmati Allah selamanya”

Itulah ucapan hari lahir pertama yang aku terima dari seorang sahabatku. Cukup bermakna buat diri ini.. sebaik sahaja aku terima mesej tue, sahabat baikku sejak dari zaman sekolah lagi menelefon ku untuk mengucapkan selamat hari lahir. Sungguh gembira hati ini kerana sahabat baik sempat lagi menelefonku walaupun aku tahu dia sibuk sekarang. Dan hari lahir sahabatku itu seminggu lebih awal daripadaku iaitu pada 2 april yang lalu. Syukran jazilan amin untuk ucapan semalam. Selepas itu, aku banyak lah menerima mesej2 daripada kawan2 yang lain mengucapkan selamat kepadaku. Namun, mesej yang paling membuatkan aku terharu dan menitiskan air mata gembira adalah mesej daripada seseorang yang amat aku sayang. Amat aku kasihi. Jika dibandingkan dengan dunia dan seisinya, aku tidak rela kehilangannya buat selama-lamanya. Seseorang yang cukup bermakna buat diri ini. Orang yang mengandungkan ku 9 bulan 10 hari, menjaga dan membesarkanku sejak dari kecil lagi. Orang ayang aku maksudkan itu ialah emakku. Ya emakku. Aku menangis membaca mesej daripadanya.. aku sayangkannya.. hmmmm…

“salam... Selamat menyambut hari ulang tahun yang ke 21 ma ucapkan. Tiada apa yang dapat ma berikan untuk izzat. Hanya doa yang berpanjangan yang dapat ma mohon dari yang berkuasa semoga izzat bahagia dunia akhirat. Ma harap izzat istiqamah dalam ibadah dan bila Berjaya, jangan lupa ma dan abah. Semoga Allah memberkati izzat selamanya..”

Hmmm… sebuah ucapan yang cukup bermakna pada diri ini. Dari seorang yang cukup bermakna buat diri ini. Aku takkan lupakan jasa ibu dan ayahku, mereka banyak berkorban untukku. Takkan aku lupakan semua pengorbanan mereka. Aku pernah berjanji pada diri ini yang aku akan membantu keluargaku bila sudah kerja nanti. Adikkku yang bongsu itu aku akan tanggung persekolahannya, aku xnak menyusahkan kedua ibu bapaku lagi. Biarlah aku yang menanggung mereka kelak. Itu janji yang aku buat pada diriku suatu ketika dulu. Insya’allah akan aku tunaikan…

Dan untuk sahabat2 yang lain, terima kasih banyak aku ucapkan atas ucapan yang diberikan padaku ini. Sekian dahulu bingkisan hidupku untuk kali ini.. insya’allah akan di coretkan lagi pada masa mendatang jika diberi ruang dan kesempatan..

3 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...
Walaupun mungkin bingkisan hari lahir ini lewat hadirnya, namun bukan bermakna abg amin luper tentang tarikh kelahiran adik yang ke21 ini... salam penuh kasih dayang kerana ALLAH buat Izzat dengan ucapan Selamat Hari Lahir.. Semoga pertambahan usia ini juga akan bertambah jua keimanan dan amal adik kepadaNYA.. semoga terus istiqamah di jalan mujahadah dalam mandamba kasih jannah...

annur huda said...

salam...selamat hari lahir buat saudara yang dpt ku anggap seperti adikku jga..

semoga dirimu dilindungi Allah serta dimurahkan rezeki...

tempuhi hidup ini dengan tabah dan redha dgn apa yang berlaku..

andai dirimu tidak mampu..bersujudlah minta dipermudahkan..

semoga pjg umur dan istiqomah dlm setiap yg saudara lakukan..

usaha dan tawakal..kedua-duanya amat penting..

Selamat Ulang Tahun..

Abuuwais said...

Assalamualaikum nak...selamat hari lahir ke 21...Maaf yek baba lupo birth day...anta,maalomlah anak2 ramai sekali...sampai lupo...Nanti baba bagi hadiah spacial...tapi kena rahsia dulu laah yek..Any way moga Allah sentiasa merahmatimu...abadan abada..berapa kali lahirpun sebenarnya tak penting...yg penting hari ini lebih baik dari semalam..dan esok lebih cemerlang iman dan taqwa serta cinta kepadaNya.

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih