Wednesday, January 25, 2012

Aku Cikgu Pedalaman : Menunggu Posting

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Menunggu posting... satu istilah yang begitu ‘femes’ terutamanya bagi mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan. Begitu juga bagi aku. Menunggu keputusan posting memang amat menguji kesabaran.. dari hari ke hari, hari ke hari.. sentiasa menunggu keputusan.. tanggal 9 Januari 2012, mungkin menjadi tarikh keramat bagi semua graduan ipg ambilan januari 2008 kerana pada tarikh itulah keputusan penempatan diketahui oleh kami graduan IPG. Bermula jam 8 pagi lagi, mungkin semua para graduan menunggu keputusan di depan laptop or komputer masing-masing. Namun, tunggu punya tunggu, apa yang diharapkan masih lagi tidak muncul juga. Dari pagi sampai ke petang, keputusan masih lagi belum keluar. Setia menunggu sehingga jam 11.00 malam, keputusan masih lagi menjadi tanda tanya. Jam hampir menunjukkan detik 12.00 malam, akhirnya terjawab juga persoalan yang menjadi tanda tanya sebelum ini. Alhamdulillah... walaupun agak terkejut pada mulanya selepas tengok negeri yang bakal ditempatkan, namun tetap bersyukur dengan ketentuanNYA. Hati yang pada mulanya agak gelisah bertukar menjadi riang apabila mengetahui hampir kesemua rakan sekelasku juga ditempatkan negeri sarawak. Ya SARAWAK. Sarawak yang negerinya sebesar semenanjung. Di situlah aku di tempatkan untuk berkhidmat sebagai guru novis.

Masa yang diberikan untuk membuat persiapan ke sana lebih kurang 6 hari sahaja. Bakal2 guru yang ditempatkan di sarawak semuanya kalut membuat persiapan kerana kata putus dari pihak KPM masih lagi samar2 tentang bagaimana kami akan ke sana, adakah tiket flight akan ditanggung or kena beli sendiri, daerah yang bakal ditempatkan masih lagi tidak tahu. Semuanya menjadi kalut kerana masa yang diberikan untuk membuat persiapan agak singkat. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari, kami menunggu dengan sabar sebarang perkhabaran dari pihak kementerian tentang penerbangan kami ke sana. Kami dikehendaki melapor diri di Hotel Pan Pacific KLIA sebelum berlepas ke sarawak, namun tarikh untuk setiap orang melapor diri adalah berlainan mengikut kumpulan penerbangan masing-masing. Aku sendiri telah membuat persiapan awal ke sana. Aku bertolak dari kelantan ke shah alam dan menumpang di rumah abang ku bersama keluarga. Melawat ahli keluarga di sekitar putrajaya dan puchong pada 15hb januari sehari sebelum melapor diri. Jawapan yang aku tunggu hanya terjawab pada petang 15hb apabila aku menerima panggilan daripada pihak KPM berkehendakkan aku melapor diri di hotel pada 16hb dan akan berlepas ke sarawak pada keesokan harinya.

Pagi 16 Januari 2012, semua persoalan yang selama ini membelenggu bakal guru yang dipostingkan ke sarawak akhirnya terjawab. Senarai nama dan juga jadual penerbangan beserta PPD sekolah juga diketahui. Aku melihat PPD yang aku ditempatkan. SONG! Di mana song? Pertama kali aku mendengarnya.. aku terus bertanya en google di manakah area song ini. Alhamdulillah, terjawab juga persoalan aku itu. Setelah mengetahui nombor telefon PPD Song, aku terus menelefon ke PPD sana dan bertanyakan sekolah yang bakal menjadi skolah pertamaku untuk berkhidmat. SK Cardinal Vaughan Song, Sarawak. Satu persatu persoalan yang timbul selepas itu di benak fikiranku. Macam mana lah keadaan sekolah tu.. ok ke tak sekolah tue... murid-muridnya macam mana agaknya.. kehidupan masyarakat di song.. bolehkan aku menyesuaikan diri dengan suasana di sana.. macam2 persoalan yang bermain di fikiran..

Petang. 16 Januari 2012. Melapor diri di hotel Pan Pacific KLIA. Seawal jam 3.30 petang, ramai ibu bapa dan keluarga menghantar anak masing-masing melapor diri di sana. Berjumpa kembali dengan kawan-kawan dari IPG dulu, masing-masing dengan muka ceria je. Alhamdulillah.. penangan yang diterima akibat dipostingkan ke sarawak dan terpaksa berjauhan dengan keluarga. Di sana juga sempat berjumpa dengan rakan-rakan facebook yang sebelum ini hanya bermain komen di laman maya dan hari ini dapat bersua muka dan berbual. Kami Semua Adalah Guru Pedalaman. Bersedia untuk berkhidmat di sana. Masing-masing gembira menyahut cabaran itu, namun masih ada lagi yang berat hati untuk ke sana...

melapor diri di Pan Pacific Hotel
mendengar taklimat daripada pihak KPM
bakal-bakal guru yang akan diterbangkan ke sarawak, 17 Januari 2012
wakil math IPG KSM dari Kelantan yang akan berbakti di Sarawak
Geng 17 IPG KSM (5 org xde sebab flight diorang lewat 2 hari)

Perjalanan ke bumi kenyalang.... ( to be continue )
menghantar Aisya.. flight pada pukul 11.20 pagi ke bintulu

3 comments:

KM7 said...

Tahniah...kerana anda ditempatkan di Sarawak.Di sana banyak pengalaman baru yang akan dikutip nanti.Saya dulu di Miri selama 4 tahun.Sangat seronok...mengenali budaya masyarakat di sana.Tahniah...jadilah guru yang baik.

syabab islam said...

Terima kasih cikgu.. insyaAllah akan cuba mencari seberapa banyak pengalaman di bumi sarawak ini. doakan saya selamat di sini dan semoga berjaya menjadi seorang guru yang terbaik buat murid2 sy di sini. =)

Unknown said...

PPD Song....? Sama lah kite...baru je masuk sini 2 minggu lebih....moga semua tugas dapat dijalankan dengan baik walau hati menangis nak pulang....

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih