Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menguasai apa yang ada di langit dan juga di bumi. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat serta para pejuang agama Allah yang sentiasa berjuang bagi menegakkan syiar Islam dari dulu sehingga sekarang…
Syukur aku panjatkan kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk mencoretkan sedikit bingkisan hidupku. Apa yang ingin aku kongsikan di sini mengenai musafirku bersama sahabat2ku.
Merentasi Banjaran Titiwangsa
Aku, ubai dan seorang sahabatku yang sejak dari zaman sekolah rendah lagi iaitu syazwan telah bertolak dari bumi Kelantan lebih kurang pada pukul 9.00 pagi. Kami menaiki kereta satria neo yang diberi pinjam oleh baba kami. Sebelum itu ingin aku coretkan pertemuanku dengan baba. Sehari sebelum kembara, aku dan sahabatku ubai telah pergi ke rumah baba untuk mengambil keretanya. Bagi diriku, pertemuan dengan baba itu sungguh aku rindui sejak berpisah dari kursus KBM Staff dulu. Pertemuan dengannya dapat memberikan ketenangan dalam diriku ini. Hangat pelukannya masih terasa di hatiku ini. Telatah anak-anaknya menghiburkan hatiku. Sewaktu aku tiba di rumah baba, aku di sambut oleh baba dan anak-anaknya yang tidak asing lagi bagiku iaitu e-deen, idah dan inah. Masa aku sampai, mereka semua demam. Jadi telatah mereka tidak seaktif semasa mereka sihat la. Hehe.. masa aku di muka pintu, e-deen memelukku. Seronok rasanya setelah agak lama tidak bersua dengannya. Sewaktu aku sampai dirumah, baba sedang menaip sesuatu di dalam laptopnya. Bersamanya terdapat beberapa buah buku yang mempunyai pelbagai ilmu yang dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Berbalik kepada perjalananku bersama sahabat. Aku menjadi pemandu pertama untuk musafir ini. Perjalanan kami ini akan menuju ke alor star iaitu ke rumah akhi fadzli. Permulaan perjalanan kami, kami mulakan dengan membaca al-mathurat di dalam kereta seperti mana yang di pesan oleh baba kami dan membaca al-mathurat ini menggamit kembali kenanganku bermuasafir bersama baba dan sahabat yang lain ke kuala betis dulu. Musafir itu membawa makna besar dalam hidupku. Musafir kami berhenti rehat di stesen petronas berhampiran dengan tasik banding. Pemandangan di tasik banding memukau hatiku. Begitu indah ciptaan Allah. Dijadikan tasik di tengah-tengah banjaran gunung, sungguh indah ciptaanNya. Segala yang dijadikan tidak sia-sia. Semuanya mempunyai fungsi masing-masing. Musafir kami diteruskan. Kali ini giliran ubai pula mengambil alih pemanduan. Kami terus menuju ke negeri kedah mengikut arahan yang diberikan oleh akhi fadzli. Kami berhenti menunaikan solat zohor di daerah baling, kedah. Selesai solat, kami memenuhi keperluan fisiologi kami iaitu makan di sebuah kedai makan. Selesai makan, perjalanan kami diteruskan. Kali ini giliran sahabatku syazwan pula mengambil alih tempat pemandu. Sepanjang perjalanan ini, kami mengikuti jalan yang dinyatakan oleh akhi fadzli. Kami di baling, seterusnya mencari signboard kg. kuala ketil dan juga sg. Petani. Perjalanan kami agak perlahan kerana membaca papan tanda agar tidak salah arah. Lebih kurang pukul 4.45 petang, kami sampai ke alor star iaitu ke rumah akhi fadzli. Alhamdulillah aku panjatkan kepada Ilahi kerana selamat sampai ke destinasi pertama musafirku…
Round-round di Alor Star
Setibanya kami rumah akhi fadzli, kami di sambut mesra oleh keluarganya. Layanan yang diberikan amat memuaskan. Sekitar jam 7.00 malam, aku, ubai, fadzli dan syazwan bertolak ke masjid al-bukhari. Sungguh cantik masjid itu. Seni binanya sungguh cantik. Suasana persekitarannya juga tenang dan damai. Mendamaikan juga hatiku ini. Kami menunaikan solat jamak maghrib dan isyak di masjid itu. Apa yang aku agak terkilan ialah jemaah di masjid itu tidak ramai. Agak kurang jika dibandingkan dengan binaannya yang gah itu. Rasanya jemaah tidak sampai seratus orang pun. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan kami, round Bandar alor star di waktu malam. Pertama kali aku memandu di bandaraya alor star, agak kekok dengan jalan-jalannya. Walaupun trafik di bandaraya alor star tidaklah sibuk sangat di waktu malam jika dibandingkan dengan Bandar kota bharu, namun bagiku agak kekok kerana tidak tahu jalan. Akhi fadzli menjadi juru arah bagi kami semua. Kami semua singgah makan malam di sebuah kedai makan yang berhampiran dengan tasik. Selesai makan, kami terus pulang ke rumah untuk berehat setelah penat seharian dalam musafir.
Hari ke-2 di bumi kedah… aku dikejutkan oleh alarm hensetku pada jam 4.30 pagi. Terasa berat diri ini untuk bangun. Aku meneruskan tidurku. Alarm henset sahabat2ku juga begitu kuat mengejutkan kami, namun kami membiarkannya. Penat badan masih lagi belum hilang. Lebih kurang jam 5.00 pagi, barulah aku dan sahabatku bangun. Membersihkan diri dan sama-sama menunaikan tahajud kami. Alhamdulillah, dapat juga kami bertahajud pada pagi itu. Selesai bertahajud, kami menaiki kereta ke masjid negeri untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai menunaikan solat subuh, kami terus pulang ke rumah akhi fadzli. Di rumah, kami membaca al-mathurat sebagai pembuka kepada hari baru kami. Alhamdulillah dapat kami jalankan amalan sunat bagi diri kami ini. penat badan masih lagi belum hilang, aku mengambil sedikit masa untuk merehatkan badanku bersama sahabat yang lain. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami meronda-ronda bandaraya alor star. Sebelum itu, kami makan tengahari berdekatan dengan menara zakat. Selesai makan, kami pergi menemui seorang lagi sahabatku iaitu akhi nabil fikri yang kebetulan datang ke kedah kerana menghadiri kenduri kahwin saudaranya. Pelukan erat seorang sahabat yang dirindui. Gembira rasanya hati ini dengan pertemuan itu. Selepas itu, aku dan sahabat lain tidak termasuk nabil meneruskan perjalanan kami. Meronda-ronda badaraya alor star. Mengunjungi pekan rabu yang popular di alor star dan beberapa lagi tempat menarik. Kami tidak lupa untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan kami semua di sana. Selepas puas meronda kami pulang ke rumah. Selepas itu, kami ke masjid al-bukhari sekali lagi untuk menunaikan solat maghrib dan mengambil gambar persekitaran masjid sebagai kenang-kenangan kami. Malamnya, kami ke pasaraya pacific. Selesai membeli barang yang ingin dibeli, kami semua kembali ke rumah akhi fadzli. Di rumah, kami sempat juga berbual-bual dengan ahli keluarga akhi fadzli. Namun, tidak lama selepas itu kami semua tidur kerana badan ini sudah agak keletihan kerana seharian berjalan.
Menyusuri Kuala Kangsar
Hari ke-3… aku dan sahabatku masih lagi bangun untuk bertahajud bersama. Alhamdulillah dapat lagi kami meneruskan tahajud kami di pagi itu. Selesai bertahajud, kami menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai solat, kami terus pulang ke rumah. Di rumah, kami meneruskan dengan bacaan al-mathurat seperti sebelumnya. Alhamdulillah.. indahnya di hati ini. terasa damai.. tengaharinya, seusai solat jamak zohor/asar dan makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke kuala kangsar iaitu ke rumah akhi nabil. Aku, ubai, fadzli dan syazwan bertolak dari rumah fadzli lebih kurang pada pukul 3.30 petang. Kami berhenti di R&R Gurun bagi menunggu akhi nabil. Setelah akhi nabil sampai, kami meneruskan perjalanan ke rumahnya di kuala kangsar, perak. Kami sampai ke rumah akhi nabil lebih kurang pada pukul 9.00 malam. Kami tiba agak lewat kerana berhenti menunaikan solat dan makan malam di Bandar kuala kangsar. Di rumah akhi nabil, layanan yang diberikan oleh keluarga amat memuaskan. Ibunya begitu mesra dengan kami. Banyak cerita yang dikongsikan bersama kami. Ayahnya juga sama. Sebuah keluarga yang bahgia. Itu yang dapat aku katakana. Selepas berbual, terasa diri ini sudah letih dan mengantuk, kami melepaskan letih kami dengan tidur di bilik yang telah disediakan.
Dari Kuala Kangsar ke Tanjung Malim dan seterusnya Menyusuri Selangor
Pagi ini, aku bangun agak lewat dari biasa. Aku terlepas tahajud untuk pertama kalinya sejak cuti. Pagi tadi aku sudah dikejutkan oleh alarm hensetku, namun kerana keletihan sepanjang musafir, aku meneruskan tidurku. Menyesal hati ini hanya aku yang tahu. Sesungguhnya aku hanya seorang insan lemah, tidak mampu melawan nafsu untuk bangun berkasihan dengan Sang Pencipta. Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu yang lemah ini. jauhkanlah aku daripada hasutan syaitan laknatullah. Bimbinglah aku dalam menjaga hatiku ini serta hati sahabat2ku yang lain. Bimbinglah kami, redhakanlah kami ya Allah. Selamatkanlah kami dari fitnah dunia ini ya Allah.. hari ini, kami meneruskan perjalanan musafir kami. Kami berlima menaiki kereta satria neo. Terasa agak sesak berada dalam kereta dengan barangan yang di bawa bersama. kami mulakan musafir lebih kurang jam 9.00 pagi. Perjalanan kami dimulakan dengan bacaan al-mathurat. Terasa indahnya ikatan ukhwah ini dapat membaca al-mathurat bersama sahabat di dalam perjalanan. Inilah ikatan ukhwah fillah yang dapat dirasai oleh kami. Hanya kami yang dapat merasainya. Perjalanan kami akan singgah di tanjung malim kerana menghantar sahabatku, syazwan ke UPSI. Kami tiba di rumah sewa kawanku lebih kurang jam 11.30 pagi. Sebelum itu, sempat juga kami mengelilingi upsi. Kami berehat sebentar di rumah sewa sahabatku itu. Selepas selesai menunaikan solat jumaat di masjid jamek tanjung malim, kami meneruskan perjalanan kami ke Selangor. Kali ini jalan yang kami lalui adalah jalan negeri dan persekutuan, kami tidak melalui lebuhraya kerana ingin menikmati alam ciptaan Allah. Hanya papan tanda yang menjadi petunjuk arah kami. Pernah sekali kami tersilap jalan, jalan yang kami lalui menuju ke kuala Selangor. Terasa asing jalan yang kami lalui itu, lalu kami berpatah balik dan memasuki lebuhraya bagi menyenangkan perjalanan kami. Dalam masa yang sama, kami mendapat petunjuk arah yang diberikan oleh abang kepada akhi fadzli. Kami semua sedang menuju ke rumahnya yang terketak di cheras. Akhirnya selepas beberapa menaiki kereta, kami akhirnya tiba ke destinasi yang di tuju. Lebih kurang pukul 6.00 lebih, kami menjejakan kaki ke rumah abang kepada akhi fadzli. Layanan yang diberikan olehnya sungguh memuaskan. Malamnya kami tidur bagi memberikan tenaga kami setelah penat bermusafir.
Perhimpunan Karisma Nasional 2008 dan Karnival Simbiosis Belia dan Masyarakat
Pagiku dikejutkan dengan alarm hensetku. Alhamdulillah pagi itu dapat juga aku berkasihan denganNYA. Hari ini aku bersama sahabat2 yang lain akan menyertai satu program nasional yang akan diadakan di shah alam. Program yang aku maksudkan itu ialah Perhimpunan Karisma Nasional 2008 dan juga Karnival Simbiosis Belia dan Masyarakat. Perjalanan kami ke shah alam berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh abang kepada akhi fadzli. Lebih kurang sejam la jugak rasenya perjalanan kami tue bagi mencari tempat berlansungnya program ini. Di sana, kami menunggu kedatangan sahabatku hafiz bersama ghafar. Hafiz baru tiba pagi tadi di shah alam. Dia bertolak dari rumah kakaknya di kuantan. Gembira rasanya dapat bersua muka dengan sahabat2 yang telah lama dirindui. Syukur aku panjatkan kepadaMu ya Allah kerana mengurniakan aku sahabat2 seperti mereka. Di program ini, aku dan hafiz tolong beberapa akhowat dari USM kubang kerian menjaga gerai manakala 4 orang lagi sahabatku mengikuti perhimpunan karisma nasional yang di adakan di dalam dewan di muzium sultan alam shah berdekatan dengan tapak karnival itu. Di samping tolong menjaga gerai k-budu, aku dan hafiz sempat juga melawat ke gerai-gerai lain yang terdapat di carnival itu. Dalam masa yang sama kami juga sempat mengikuti ceramah anda bijak jauhi zina (ABJZ) yang disampaikan oleh pangarah urusan raudatus sakinah sendiri. Sungguh banyak maklumat yang disampaikan beliau. Apabila masuk waktu zohor, aku dan hafiz berjalan kaki ke masjid sultan salahuddin yang terletak berhampiran dengan kawasan carnival itu. Aku sungguh kagum melihat masjid sebesar itu. Sungguh indah binaannya. Masjid itu adalah antara masjid yang terbesar di asia tenggara. Aku menunaikan solat jamak zohor/asar. Selesai solat, aku dan hafiz terus ke gerai. Petangnya lebih kurang pukul 4.00 petang, sahabatku dari zaman sekolah menengah lagi iaitu akhi aminuddin sobri datang menziarahi di tapak carnival. Kami berbual panjang. Aminuddin adalah sahabat baik ku sejak zaman sekolah lagi. Dan Alhamdulillah ikatan ukhwah masih lagi bertaut rapat. Dialah sahabat di kala aku susah dan senang. Dia banyak menolongku. Pada awal tahun lepas, dialah yang memberi pinjam duit sebanyak RM2000 kepadaku untuk membeli laptop baru kerana laptop lama ku rosak tertumpah air di atasnya. Pada mulanya aku tidak mahu menerima duitn daripadanya, tetapi dia tetap mendesak aku supaya menerimanya. Dan pada masa yang sama, memang aku memerlukan laptop untuk menyenangkan setiap tugasanku di maktab. Dia seorang yang sungguh baik padaku. Sukar sekarang untuk mencari seorang sahabat sepertinya. Teman dikala suka dan duka. Lebih kurang jam 5.30 petang, sahabatku aminuddin meninggalkan aku bersama sahabat kerana dia ada lagi tempat yang ingin dituju. Pada masa yang sama, sahabatku yang mengikuti PKN di dalam dewan telah pun tamat. Kami sama-sama menuju ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Seuasai solat, kami menikmati makan malam di kedai makan yang berhampiran dengan tempat carnival itu. Sambil makan, kami bergurau senda. Terasa indahnya ukhwah ini. sepanjang perjalanan ini, guruan di kalangan kami sering menjadi penghibur di hatiku. Lebih kurang jam 9.00 malam, akhi rauhan bersama adiknya bertolak pulang ke rumahnya yang terletak di Melaka. Pelukan erat mengiringi perpisahan kami. Malam itu, ada persembahan nasyid daripada beberapa buah kumpulan nasyid yang agak terkenal antaranya ialah saff-one. Aku dan sahabat bertolak pulang ke rumah abg kepada akhi fadzli lebih kurang pada pukul 10.00 malam. Perjalanan kami agak lama kerana tersalah masuk jalan menyebabkan kami terpaksa patah balik dan mencari jalan yang betul untuk pulang ke rumah. Namun akhirnya kami sampai juga di rumah lebih kurang pada pukul 11.30 malam.
Hari kedua… aku bangun agak lewat sedikit. Namun aku masih lagi sempat untuk berkasih-kasihan denganNYA walaupun sekejap. Hari ini kami pergi ke tempat karnival agak lewat sedikit dari semalam. Sesampainya kami di sana, orang masih lagi tidak begitu ramai dan gerai-gerai baru sahaja di buka. Selesai menurunkan barang, kami sempat juga mengunjungi beberapa gerai yang berdekatan dengan gerai yang kami jaga itu. Selepas itu, kami menerima jemputan daripada ahli KARISMA Terengganu untuk sama-sama mengikuti mensyuarat team mereka. Sempatlah juga kami mendengar perancangan2 dan strategi2 dakwah mereka untuk mengikat hati adik2. Selepas itu, kami menggunakan masa yang ada untuk round2 sekitar kawasan di putrajaya dan sambil2 mencari darussyifa’. Sebelum ke darul syifa’, kami meronda-ronda di sekitar putrajaya. Dalam usaha mencari darul syifa’, kami ada tersalah pilih jalan dan terpaksa patah balik semula. Masuk sahaja waktu zohor, kami singgah di masjid UKM untuk menunaikan solat. Pada masa yang sama, aku menghubungi sahabatku iaitu amiro safwan yang belajar di bangi, Selangor. Seusai solat, aku menunggunya. Dengan adanya sahabatku itu, kami akhirnya dapat juga sampai di darul syifa’. Semasa berada di sekitar darul syifa’, kami mencari-cari dimanakah tempat baba kami bermain dulu..hehe.. selepas mengunjungi darul syifa’ dan mendapat apa yang diingini, kami bertolak pulang ke shah alam. Bagi perjalanan pulang ini, akhi nabil mengambil alih tempatku sebagai pemandu. Badanku terasa ingin berehat selepas memandu dari shah alam sampailah ke darul syifa’. Kami akhirnya selamat sampai kembali ke shah alam. Masa itu sudah menunjukkan pukul 4.00 petang. Setelah mengambil barang-barang yang sepatutnya, kami terus bertolak pulang ke kuala kangsar iaitu ke rumah akhi nabil.
Diam…
Perjalanan ke kuala kangsar bermula. Akhi nabil menjadi pemandu kami semua. Sepanjang perjalanan ini, aku jarang bercakap. Hanya mendiamkan diri sahaja. Rasanya tak perlulah aku khabarkan kenapa aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan itu. Biar hatiku sahaja yang berkelana akan sebabnya. Perjalanan kami disirami hujan. Hujan yang turun agak lebat. Hujan rahmat yang Allah turunkan kepada makhluknya yang akan menyambut tahun baru hijrah, 1230H. diam… itulah yang membingungkan sahabat2ku sepanjang perjalanan. mereka tertanya-tanya kenapa aku diam. Macam-macam lawak mereka buat tetapi aku hanya senyum sahaja tanpa sepatah kata. Waktu itu biarlah hatiku berkelana mencari sebabnya. Terima kasih sahabat kerana mengambil berat akan aku. Tetapi ada seorang sahabatku semacam dapat meneka perasaanku ketika itu. Tapi biarlah… maafkan aku sahabat kerana membuatkan kalian tertanya-tanya kenapa aku jadi pendiam seketika. Kami berhenti solat jamak maghrib/isyak di ipoh. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan kami ke kuala kangsar yang jaraknya lebih kurang 50km lagi. Hujan rahmat masih lagi membasahi bumi. Kami sampai di rumah akhi nabil lebih kurang jam 9.00 malam. Di sambut mesra oleh emaknya yang setia menunggu kami. Kami telah menikmati makan malam yang telah disediakan oleh emak akhi nabil. Selepas makan, kami membersihkan diri dan menyiapkan diri untuk tidur. Masing-masing kelihatan mengantuk dan keletihan setelah penat bermusafir seharian.
Menjelajahi Bandar Diraja Kuala Kangsar…
Pagi ini aku dan sahabat terlepas tahajud. Kami bangun agak lewat dari kebiasaan kerana keletihan. Badan kami masih lagi terasa letih. Setelah membersihkan diri, bersarapan pagi dan mengemas barang-barang kami, kami meronda-ronda sekitar kuala kangsar. Akhi nabil menjadi juru pandu kami. Kami menziarahi masjid ubudiah iaitu masjdi negeri perak, istana perak, istana lama perak, dan lain2 tempat lagi. Kami juga pergi ke kampong sayong untuk menziarahi saudara sahabatku, ubai. Setelah menziarahinya, kami ke kedai kraftangan yang membuah labu. Di sana kami membeli beberapa labu sebagai kenang-kenangan kami. Di samping itu, kami juga ditunjukkan cara-cara untuk membuat labu oleh pemiliknya. Selepas itu, kami terus pulang menghantar akhi nabil ke rumahnya. Di rumah akhi nabil, sekali lagi kami menjamu makan tengahari sebelum bertolak pulang. Tidak sanggup rasanya menolak pelawaan emak nabil itu kerana makanan telah tersedia setibanya kami di rumahnya. Selesai makan, kami terus bertolak pulang ke Kelantan. Pelukan erat sahabat sebagai tanda perpisahan sementara kami…
Perjalanan pulang…
Setelah berpelukan dengan akhi nabil, kami bertolak pulang ke Kelantan. Aku menjadi pemandu sepanjang perjalanan pulang ini. kami bertolak dari rumah akhi nabil lebih kurang pukul 1.00 lebih. Sepanjang perjalanan, sahabat2ku yang lain tidur bagi melepaskan penat masing-masing. Hanya ubai yang kurang tidurnya kerana menemani aku. Member aku makan coklat.. hehe.. terima kasih ubai… sekali lagi kami merentasi banjaran titiwangsa. Ketika berada di atas banjaran titiwangsa, aku berasa sungguh indah ciptaan Allah ini. begitu sempurna, cantik. Selepas melewati tasik banding, keadaan jalan berkabus. Sungguh cantik. Waktu itu semua sahabatku sudah tersedar dari tidur masing-masing. Minyak kereta sudah menunjukkan tanda amaran akan habis. Di hatiku agak berdebar, takut2 minyak habis di pertengahan jalan kami sebelum sampai ke stesen minyak. Kami berasa agak lega apabia ternampak papan tanda stesen minyak. Tetapi meruntuhkan kembali harapan kami apabila jaraknya sejauh 17km lagi. Kami hanya mampu berdoa agar kami sempat sampai. Tiba di satu persimpangan jalan, aku melihat satu papan tanda stesen minyak yang menunjukkan hanya 30m dari tempat itu. Aku membelok masuk ke kiri dan Alhamdulillah dapat juga kami mengisi minyak sebelum kereta itu berhenti di pertengahan jalan. Kami meneruskan perjalanan kami. Akhirnya kami sampai ke destinasi yang di tuju iaitu ke rumahku. Waktu tu menunjukkan pukul 5.00 lebih. Selepas beberapa minit berada di rumahku, aku menghantar sahabatku hafiz dan ubai ke bukit abal iaitu ke rumah mak saudara hafiz. Hafiz dan ubai akan bermalam di sana sebelum bertolak keesokan paginya bersama sepupu hafiz dan suami ke rumahnya. Selepas menghantar hafiz dan ubai, aku menghantar akhi fadzli pula ke rumah kawannya yang terletak di melawi. Selepas seketika di melawi, aku menghantar kereta satria neo ke rumah baba sambil di ikuti oleh akhi fadzli dan kawannya dengan kereta kerana selepas itu mereka akan menghantarku pulang ke rumah. Aku agak kecewa sedikit kerana tidak dapat bersua muka dengan baba semasa menghantar kereta kerana pada masa itu, baba dan keluarga sedang bercuti di Cameroon highland….
Sesungguhnya perjalanan musafir ini sungguh indah. Merapatkan lagi ikatan ukhwah fillah antara aku dan sahabat2ku. Semoga ikatan ukhwah ini akan terus tersemat kukukh di hati2 kami semua.. insya’allah..
No comments:
Post a Comment