Wednesday, January 7, 2009

Tertunggu-tunggu...

assalamualaikum... segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga baginda, para sahabat dan pejuang2 agama Allah..
terlebih dahulu ingin aku meminta maaf kepada baba yang mungkin tertunggu-tunggu untuk aku postkan perjalanan musafirku bersama sahabat2 yang lain. maafkan aku baba kerana terlewat post. sekarang ini, aku sedang dalam proses untuk menyiapkan bingkisan perjalanan musafir itu. sudah 4 helai sudah aku taip sekarang ini. dan insya'allah dalam masa terdekat, akan aku sedaya upaya mencoretkan bingkisan musafir itu baba... maafkan anakmu ini...

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih