Tuesday, January 27, 2009

3 Minggu Pertama Di Semester Baru

Entah macam mana ingin aku mulakan coretanku. Waktu ini, aku berada di rumah untuk menghabiskan masa cutiku selama seminggu sempena sambutan tahun baru cina selepas 3 minggu semester baru dibuka. Selama 3 minggu aku berada di institute, sudah banyak aktiviti yang aku lakukan bersama sahabat2 seperjuangan ku. Hari pertama semester baru, aku dan sahabat2 yang lain telah bersua muka dengan baba dan melepaskan rindu masing2. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga aku panjatkan kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu baba.

Mesyuarat dan Qiamullai

Minggu pertama di semester baru, aku dan sahabat2ku telah mengadakan sedikit mesyuarat bagi membincangkan perjalanan dakwah kami dan menyusun organisasi bagi memantapkan perjalanan dakwah kami ini. Segala permasalahan di bincangkan pada malam jumaat minggu pertama kami di semester baru. Perbincangan kami berkisarkan organisasi KRM serta pembahagian kumpulan2 usrah beserta mas’ul masing2. Masing-masing mengutarakan pandangan dan pendapat masing2 untuk memperkemaskan lagi tanzim kami. Fadzli, ubai, hafiz, nabil, ghafar, rauhan, afiq masing2 melontarkan buah fikiran bagi memantapkn tanzim kami ini. Selesai mesyuarat, rauhan, fadzli dan nabil pulang ke bilik masing2 manakala aku, hafiz, ghafar, ubai dan afiq tidur di surau kerana kami ingin melakukan qiamullai bersama2 keesokan paginya.

Alhamdulillah, keesokan paginya dapat kami menunaikan tahajjud kami. Ketenangan terasa di hati kerana dapat berkasih-kasihan denganNya bersama2 sahabat2 yang lain. Aktiviti pada pagi jumaat itu, aku bersama sahabat2 yang lain menjamah sarapan pagi di kuala besut, iaitu berhampiran dengan jeti kuala besut. Terasa indahnya ukhwah antara kami, gurau senda, gelak ketawa memeriahkan suasana pagi kami. Fadzli dengan telatahnya. Baru ku kenal siapa fadzli, hehe… jangan marah ek…

Minggu kedua semester baru, hari selasa dan rabu, aku bersama sahabat puasa sunat 9 dan 10 muharam seperti yang disunatkan rasulullah. Kami berbuka puasa bersama2. Dapatlah kami bergurau senda. Satu kejadian sebelum aku, ghafar, hafiz dan ubai bertolak ke kedai makan, kami ternampak kelibat seorang sahabat yang tidak asing lagi bagi kami. Dia sedang bercakap2 dengan seorang banat berhampiran cafe. Kejadian itu menjadi modal untuk kami menyakatnya di kedai makan nanti. hehe… Inilah nikmat ukhwah fillah antara kami. Semakin erat ukhwah kami. Mesej2 di pagi hari masih aku kirimkan kepada sahabat2 yang lain tetapi tidaklah sekerap masa cuti yang lalu dan balasan mesej dari sahabat2 pun jarang aku terima. Namun, Alhamdulillah, syukur aku panjatkan kepadaMu ya Allah kerana kami semua dapat mengimarahkan surau di waktu subuh selepas berkasih-kasihan dengan sang Pencipta di bilik masing2. Adik2 junior pun sudah agak ramai mengimarahkan surau di waktu subuh bagi sem baru ini tidak seperti tahun lepas. Alhamdulillah.. insya’allah biah islamiah akan bersinar di institut kami.


Hujung Minggu di Kota Bharu

Hujung minggu di ipsmb selepas 2 minggu sem baru di buka, aku dan sahabat2 yang lain menghadiri satu program di kolej jaipetra, kota bharu. Program itulah ialah program pembangunan naquba’. Pagi sebelum program itu, aku bangun seperti biasa. Mengadap Pencipta untuk mengadu masalah ku, meminta kasih sayangNya, meminta keredhaanNya. Pagi di surau, Alhamdulillah jemaah agak ramai kerana abang2 kpli j-qaf turut mengimarahkan surau di pagi jumaat itu. Solat subuh kami agak lama iaitu lebih kurang 30 minit. Ini kerana, imam pada pagi itu iaitu seorang ustaz j-qaf membaca qunut nazilah yang agak panjang dan lama. Namun, terasa nikmat di hati ini. hatiku menangis saat kami berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan saudara kami di palestin. Seperti yang sedia maklum, bumi barakah palestin kini sedang hebat di serang rejim yahudi laknatullah. Hanya doa yang boleh kami kirimkan untuk kesejahteraan dan keselamatan saudara kami di sana. Doa adalah senjata orang muslim. Hanya itulah yang mampu kami lakukan untuk membantu saudara kami di sana. Seusai solat, jam di tangan ku sudah menunjukkan pukul 6.50 pagi. Di hatiku berbisik, mungkin kami akan terlewat dari perancangan awal untuk bertolak ke rumah baba pada jam 7.30 pagi. Memang benar, manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Kami bertolak agak lewat iaitu lebih kurang pukul 8.00 pagi baru kami bertolak. Kami pergi dengan menaiki 3 buah kereta manakala akhowat yang seramai enam orang menaiki sebuah kereta. Aku, hafiz dan ghafar menaiki satu kereta, manakala ubai, nabil dan fadzli menaiki satu kereta dan afiq n rauhan menaiki satu kereta. Kami tiba di rumah baba agak lewat. Selepas menjamu sarapan pagi di rumah baba, kami meneruskan perjalanan kami ke jaipetra. Baba tidak ikut sama kerana beliau menghadiri program yang lain. Semasa kami tiba di jaipetra, program belum lagi dimulakan. Di dalam dewan, ramai peserta akhowat berbanding ikhwah. Biasalah, di mana2 program pun macam tue melainkan program2 yang aku sertai di kampong ku yang agak ‘redikal’ sedikit. Hehe… Peserta ikhwah hanya 10 orang, tue pun 8 orang dari ipsmb. Penceramah sepanjajng program ini ialah akhi ammar, dari taman melawati kuala lumpur. Bagi sesi pertama ini, beliau menerangkan kepada kami tentang ahammiyyah terbiyyah iaitu terdiri daripada 3 bentuk – at-tilawah, at-tazkirah dan ta’limul Islam wak hikmah. Bagi 3 tajuk besar ini, ia mempunyai anak2nya. Sesi ceramah berehat sekejap untuk minum pagi. Semasa minum pagi, kami menerima berita tentang baba kami daripada akhi fadzli. Berita yang membuat kami sedih. Selepas mendengar berita itu, aku melihat riak wajah sahabatku, semuanya berubah, terkejut. Namun, kami pasrah. Baba kami akan menyambung pengajiannya di pringkat phD. Jadi selama lebih 3 bulan akan datang, kami akan jarang berjumpa dengannya lantaran ketiadaannya di institut. Walaupun berita yang baru kami terima itu berat untuk kami terima, namun kami redha kerana itu yang terbaik untuk baba dan juga untuk kami semua anak didiknya. Dalam hatiku, inilah cabaran pertama bagi kami yang bergelar da’ei untuk menghidupkan biah islamiah di bumi ipsmb tanpa pebimbing untuk sementara waktu. Allah telah memberi ujian pertama kepada kami dalam gerakan ini. Dia ingin menguji setakat mana kesungguhan hambanya. Itulah bisik hatiku. Tugas dakwah bukanlah mudah. Namun, memerlukan jiwa yang kental bagi menghadapi arus cabaran yang sentiasa mencabar gerakan ini.

Seusai solat jumaat, sesi kami diteruskan sehingga jam 5 petang. Rasanya tidak puas berada dalam majlis ini. banyak input yang kami terima daripada akhi ammar. Itupun beliau tidak sempat memberikan sepenuhnya lantaran masa yang tidak mengizinkan. Sebelum berpisah, kami semua berpelukan dengan ikhwah lain. Terasa hangat ukhwah di dada ini. inilah ikatan ukhwah dalam gerakan islam. Hati2 yang ingin menghidupkan syiar islam. Semoga hati2 kami tidak mati sekerat jalan dalam menjalankan amanah kami sebagai khalifah di muka bumi ini. setelah tamat program, akhi fadzli, afiq dan rauhan ke airport untuk menyelesaikan pembelian tiket kapal terbang. Manakala aku, hafiz, ghafar, nabil dan ubai ke kota bharu kerana nabil ingin mencari kasut sukan. Selesai pencarian, kami ke kedai makan untuk makan malam. Seusai makan, kami menunaikan solat maghrib di masjid sallehi kenali. Selepas solat, kami terusk ke rumah baba. Sewaktu kami tiba di rumah, baba baru sahaja pulang. Di rumah baba, kami memperkatakan tentang program yang baru disertai kami tadi dan juga tentang baba yang akan menyambungkan pengajiannya ke peringkat phD. Sewaktu baba meluahkan isi hatinya yang mengatakan beliau berat untuk menyambung pengajiannya pada mulanya, hatiku tersentuh. Namun, selepas beliau melakukan solat istikharah, dan mendapat petunjuk, barulah dia membuat keputusan yang agak berat itu. Itulah yang terbaik untuk baba dan kami semua anak didiknya. Ketika itu, aku melihat riak wajah sahabat2ku. Pendangan ihklas dilontarkan kepada baba. Rauhan… aku masih ingat renungan matamu.. selepas seketika berada di rumah baba dan menunaikan solat isyak berjemaah, kami bertolak pulang ke ipsmb. Sebelum berpisah, kami semua dipeluk oleh baba. Hangat pelukannya. Ikhlas dari hatiku,pelukan itu semacam pelukan perpisahan dari baba. Aku dapat melihat wajah2 sahabatku. Mata mereka berkaca-kaca. Hafiz, ghafar, rauhan, afiq, ubai, nabil, fadzli.


Minggu ke-3 di sem baru

Bermulanya minggu ke-3 di semester baru. Alhamdulillah. Aku dan sahabat2 yang lain dapat istiqamah ibadah kami di pagi hari. Waktu pagi di surau pun semakin remai jemaah yang datang mengimarahkan surau al-firdaus. Hari ahad di minggu ke-3 semester baru ini, diadakan malam aman palestin di surau firdaus. Penceramah jemputan adalah sahabat baba kami iaitu Dr. Othman Bin Mohd Zin. Ceramah dimulakan selepas selesai solat isyak. Semasa ceramah itu, aku seperti biasa memainkan peranan ku sebagai jurukamera yang tak bertauliah, hehe… selesai ceramah, aku dan sahabat2 ku sempat berbual2 dengan penceramah itu dan sempat juga kami mengambil gambar bersama sebagai kenang-kenangan kami.

'Bergambar kenangan dengan penceramah, Dr. Othaman Bin Mohd Zin'

khusyuk mendengar ceramah

Pada hari selasa, aku dan sahabat2 yang lain menghadiri usrah rasmi pertama kami sejak buka sem baru ini. pada minggu pertama, kami sudah ada usrah dengan baba tetapi secara tak rasmi la kerana pada masa tue, kami baru sahaja selesai tolong baba memindahkan barang ke bilik baru beliau dan selesai mengemas bilik baru beliau, baba menyampaikan sedikit tazkirah kepada kami. Jadi pada hari selasa minggu ke-3 ini, inilah usrah pertama kami bersama baba. Dan Alhamdulillah semua sahabat2 ku datang dan di tambah seorang lagi seorang ahli baru dalam group kami ini iaitu saudara adhwan@che mat. Di dalam usrah kali ini, tilawah kami adalah surah al-ghasyiyah(hari qiamat). Baba juga menyampaikan tazkirah mengenai jihad. Baba mengaitkan dengan apa yang berlaku di palestin ketika ini. tentang saudara-saudara kami di sana. Selain itu, di dalam usrah itu kami berbincang tentang kumpulan2 usrah krm yang akan kami bawa nanti, berkaitan dengan pengisian dan perancangan yang akan dijalankan nanti. Di samping itu, kami juga berbincang sedikit tentang perancangan kami untuk mengadakan rehlah di pulau langkawi semasa cuti bulan 3 nanti. selesai usrah jam 6.45 petang dan aku, hafiz, ghafar, rauhan, ubai dan quddus pergi makan di kedai bob. Selesai makan, kami menuju ke surau untuk menunaikan solat menghrib dan seterusnya mengikuti kuliah perubatan islam. Kuliah perubatan islam kali ini berkisarkan tentang makhluk halus. Kuliah kali ini agak panjang. Hampir pukul 10 malam baru tamat kuliah ini. selesai kuliah, kami menjemput baba menikmati sedikit makanan yang telah kami sediakan…

Pada hari rabu malam khamis, diadakan perjumpaan untuk ahli2 KRM. Namun kehadiran ahlinya amat mendukacitakan. Malam itu, saudara afiq bertindak sebagai pengerusi majlis, beliau telah memulakan majlis dengan 2 buah cerita tauladan. Selepas itu, saudara hafifi menerangkan sedikit sebanyak tentang organisasi baru Krm yang telah diubah sedikit. Aku pula membacakan pecahan kumpulan usrah untuk ahli2 KRM yang telah kami persetujui. Selesai semuanya, majlis pun bersurai.


Inilah sedikit bingkisan kehidupan ku di institut sejak buka semester baru. Dan insya’allah, gerakan dakwah aku dan sahabat akan bermula apabila buka cuti nanti. Doakan kami dalam menjalankan amanah sebagai seorang islam.

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih