Assalamualaikum w.b.t
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan perjalanan kehidupan di atas muka bumi ini. Hari-hari yang dilalui terasa begitu pantas kini, dan tahun ini merupakan tahun terakhir aku menuntut di IPG Kampus Sultan Mizan ini selepas lebih 4 tahun setengah berkelana di sini.
Alam Persekolahan di bumi wakafan SMKA Melor.
Selama 5 tahun menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman di sana meninggalkan sejuta kenangan yang tak mungkin akan terpadam dalam kotak fikiran ini. Kerana di bumi wakafan tanah tumpahnya darahku itulah aku mula mengenal erti hidup ini. Mengenal erti sebuah persahabatan, mengenal erti sebuah perhubungan, mengenal erti sebuah penghargaan, mengenal erti sebuah kemasyhuran, mengenal erti sebuah pengalaman dan mengenal erti sebuah KENANGAN yang tak mungkin akan dilupakan sampai hujung nyawa. Kerana di situlah bermula segalanya.
pelajar lelaki smka melor 2005
Bila terkenangkan kembali alam persekolahan di bumi wakafan itu, terkadang aku tersenyum sendiri. Walaupun dulu ianya pahit bagiku, tapi bila di imbas kembali kini, ia menjadi kenangan manis aku bersama sahabat. Sahabat dunia akhirat. Pelbagai episod suka dan duka tercipta di bumi wakafan itu. Bermula di tingkatan 1 Ibnu Rushd pada tahun 2001 dan berakhir di tingkatan 5 Ibnu Sina pada tahun 2005. Bila berkumpul bersama sahabat lama di cuti semester atau ketika berhari raya, pasti akan ada sahaja cerita di alam persekolahan yang diungkit kembali yang menyebabkan kami semua ketawa gembira walaupun peristiwa yang berlaku dulu pahit, tapi kini ia menjadi hiburan dan kenangan kami semua. Walaupun cerita-cerita itu diulang-ulang kali diputarkan setiap kali berjumpa, namun ia sungguh indah dan bermakna buat kami semua. Itulah kenangan kami. Kenangan yang menjadi penyeri hidup kami sehingga kini.
kelas 4 Ibnu Sina 2004 di Pantai Kandis
Kehidupan di asrama. Aku pernah merasainya walaupun jarak rumah aku ke pintu pagar sekolah tidak sampai 500 meter pun. hehe.. Nama sahaja hidup di asrama, tapi pantang ada masa prep or kelas malam, pasti aku akan balik rumah. Itulah indahnya hidup di asrama smka melor ketika itu. Namun, pada hari ini ia sukar untuk di buat oleh penghuni-penghuninya kerana peraturan semakin ketat bagi mengawal disiplin pelajarnya.
bangunan asrama sekolah di awal pembukaannya dulu (2003)
Satu malam yang menjadi kenangan dan hiburan kami sehingga kini. Malam di mana aku bersama sahabat-sahabat termasuk ketua blok asrama, ajk2 tertinggi asrama, pengawas sekolah dan pustakawan sekolah didenda oleh warden bertugas. Semua yang terlibat dalam tragedi itu adalah mereka yang berjawatan penting di sekolah pada ketika itu. Malam kami didenda oleh ketua warden kerana berbuat bising di kala pelajar lain sedang lena di buai mimpi. Seingat pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi lebih, tapi kami masih lagi belum tidur. Ketika didenda, salah seorang daripada kami ada mengatakan bahawa peristiwa itu akan menjadi kenangan kami dan mungkin akan diceritakan kepada anak-anak kami nanti. NAH! memang ia menjadi kenangan kami dan membuatkan kami ketawa gembira saat peristiwa itu diimbas kembali. Sungguh indah dan seronok. Hidup di asrama ketika itu yang bebas untuk balik ke rumah termasuk ketua blok sendiri. Tapi ia hanya dilakukan oleh pelajar lelaki sahaja, kerana kami bawa motor ke asrama, jadi memang senanglah untuk kami 'fly'. hehe.. (jangan marah cikgu)
jamuan perpisahan dan jamuan BADAR 2005
Lima tahun menimba ilmu di sana, dengan murabbi-murabbi yang berjiwa kental dalam memberi dan berkongsi ilmu dengan anak didik. Jasa mereka tak mungkin aku lupakan. Biah di bumi wakafan itu sungguh aku rindui. Namun hari ini, ia cukup berbeza sekali. Terkadang aku sedih melihat perwatakan dan sahsiah pelajar-pelajar di bumi wakafan itu. Mungkin akademiknya menunjukkan peningkatan tetapi peningkatan akademik itu tidak selari dengan peningkatan sahsiah pelajarnya. Mungkin disebabkan ramai murabbi-murabbi 'otai' yang bersara. Kerana seingat aku, pada tahun 2005 dahulu, 5 orang murabbi aku bersara yang mana mereka semua ini adalah 'otai' di sekolah itu. Semoga kecemerlangan akademik yang dicapai sekarang selari dengan kecemerlangan sahsiah pelajarnya. Insya'Allah...
Reunion yang pertama didakan pada tahun 2007 di New Horizon Garden
Kini, setelah hampir 5 tahun menuntut dan menimba ilmu dan pengalaman di bumi kota putra, kurang dari 11 bulan dari sekarang aku akan melangkah kaki keluar dan insya'Allah akan melangkah masuk ke alam pekerjaan yang lebih mencabar. Selama hampir 5 tahun di sini, ia mengajar aku mengenal dunia. Mengorak beberapa langkah lagi untuk mengenal makna kehidupan ini.
semester 2 ppismp (2007)
Tanggal 10 Julai 2006, itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi IPG KSM. Tempat yang bakal mengajar dan membimbing aku untuk menjadi seorang insan pendidik. Di tahun pertama di bumi IPG KSM, pelbagai peristiwa yang berlaku. Dan peristiwa yang mungkin akan di ingati sampai bila-bila oleh aku dan mungkin juga pentadbir IPG KSM adalah peristiwa di mana pelajar IPG KSM mengadakan demonstrasi di malam kemerderkaan yang ke 49 pada ketika itu. Dan mungkin demostrasi itulah yang pertama kali di Malaysia ini yang 'berani' dilakukan oleh guru pelatih IPG. Peristiwa yang meninggalkan sejarah hitam buat pentadbir IPG kerana pelajar berani bersuara disebabkan beberapa kes yang terjadi pada ketika itu. Namun kini, kebajikan guru pelatih di IPG KSM ni terjaga. Dan selama hampir 5 tahun di bumi IPG KSM ini, aku telah berada di bawah pentadbiran 4 orang pengarah iaitu allahyarham Tn Hj. Muen (A.M.N), Tn Hj Nik Arif (A.M.N), Dr Maznah Abdul Samad dan yang terkini ialah Dr Shamsiah. Dan mungkin aku akan merasai pentadbiran Pengarah yang ke-5 nanti apabila Dr Shamsiah akan bersara pada bulan Julai nanti.
sukaneka IPG KSM (semester 3 ppismp-2007)
Dari tahun 2006 sehingga 2011, dari asrama blok perempuan yang hanya guna 1 blok sahaja sehingga penuh sekarang, dan dari jemaah surau yang kurang 10 orang dahulu sehingga mungkin 100 lebih sekarang, semuanya telah aku rasa selama mana berkelana di bumi IPG KSM ini. Semua zaman telah aku rasa. Dan adik-adik junior yang baru setahun jagung di bumi IPG KSM ini tidak merasainya jatuh bangun surau al-Firdaus seperti sekarang. Bermula dengan Minggu Kebudayaan Dan Kesenian Islam yang pertama pada tahun 2006 dahulu, dan sekarang ia menjadi acara tahunan IPG KSM. Alhamdulillah.. walaupun namanya sedikit berubah kepada Minggu Penghayatan Islam. Semuanya telah dirasai oleh aku bersama rakan-rakan guru pelatih yang lain yang seangkatan denganku.
program 'berkayak ke pulau rhu' 2010 - semester 6 pismp
Jika dulu perhimpunan pagi tanpa menggunakan pembesar suara, tapi kini terpaksa menggunakan pembesar suara. Semuanya berubah. Jika dulu para guru pelatih 'berjuang' untuk mendapatkan line internet dan memasang wireless sendiri, tp kini IPG telahpun sediakannya walaupun line tidak berapa ok, tp alhamdulillah masih boleh digunakan. Walaubagaimanapun, ramai guru pelatih mengambil pendekatan lain dengan memasang wireless sendiri yang lebih laju dan boleh melayari apa sahaja laman sesawang. Sehingga line internet kt ipg tu dah ada pelbagai nama. Jika dulu hanya aztech @ dlink sahaja, tp kini mcm2 nama seperti frednetwork, alafasi, dan macam-macam lagi. Inilah antara usaha yang dilakukan oleh generasi terawal ipg ksm sehingga boleh dinikmati oleh adik-adik junior sekarang.
Jika dulu perhimpunan pagi tanpa menggunakan pembesar suara, tapi kini terpaksa menggunakan pembesar suara. Semuanya berubah. Jika dulu para guru pelatih 'berjuang' untuk mendapatkan line internet dan memasang wireless sendiri, tp kini IPG telahpun sediakannya walaupun line tidak berapa ok, tp alhamdulillah masih boleh digunakan. Walaubagaimanapun, ramai guru pelatih mengambil pendekatan lain dengan memasang wireless sendiri yang lebih laju dan boleh melayari apa sahaja laman sesawang. Sehingga line internet kt ipg tu dah ada pelbagai nama. Jika dulu hanya aztech @ dlink sahaja, tp kini mcm2 nama seperti frednetwork, alafasi, dan macam-macam lagi. Inilah antara usaha yang dilakukan oleh generasi terawal ipg ksm sehingga boleh dinikmati oleh adik-adik junior sekarang.
Menjalani praktikum pada pertama kalinya memang amat seronok dan tak sabar-sabar untuk pergi ke sekolah bertemu dengan anak-anak murid. Bermula di SK Kg Nangka, SK Bukit Kenak dan akan datang di SK Kg Baharu, pelbagai ragam dan perangai dapat diperhatikan. Dan pelbagai ilmu serta pengalaman dapat ditimba hasil daripada menjalni praktikum ini.
gelagat anak-anak murid 2Bestari di Sk Kg Nangkacikgu zulhilmi memberikan arahan kpd team sepak takraw sk kg nangka
Praktikum fasa 3, perasaan untuk menjalani praktikum ini mungkin berlainan sedikit daripada fasa 1 dahulu, kerana ini merupakan praktikum kali ke-3 dan pengalaman yang ditimba pada 2 fasa praktikum lepas akan diaplikasikan di fasa ke-3 ini. Semoga perjalanan praktikum fasa 3 nanti akan berjalan seperti biasa.
Akhir kalam, semoga perjalanan hidupku di masa mendatang secerah dan seindah mentari yang terpancar pada hari ini. Semoga panas yang ku alami kini sampai ke petang dan hujan takkan muncul di tengahari ini. Amin...
p/s: berkelana mencari secebis pengalaman, kekadang aku tersungkur jatuh. namun ku gagahi dan terus bangun untuk meneruskan kehidupan ini. pelbagai rintangan, cabaran, halangan telah aku rasai. saat suka dan duka bersama dengan sahabat, teman, rakan, membuatkan aku lebih matang. buat insan yang pernah hadir dalam hidup aku, terima kasih kerana secebis pengalaman yang diberikan dan terima kasih untuk luka yang ditinggalkan kerana ia dapat mematangkan aku mengenal erti hidup berdikari tanpa janji palsu yang dilafazkan sekejap cuma. buat insan yang menunggu... hingga saat ini andai bisa dirimu menunggu, aku tiada kata putus untuk diberikan, dan tiada harapan untuk ditaburkan. cukuplah sekadar janji Allah yang telah tercatat semuanya di luf mahfuz. andai bisa diri ini meneruskan hidup dan tetap bernyawa di saat tibanya lafaz sakinah dilafazkan, maka akan terpaterilah sebuah ikatan bersama segunung tanggungjawab di bahu. diri ini tidak sempurna. hanya seorang hamba yang hina yang cuba menggapai dan mencari redha dan cinta Sang Pencinta yang Abadi.
3 comments:
Kenangan adalh sejarah untuk disimpan...
Semoga kita semua akan terus hidup dalam hati masing-masing...
Amin..
insya'Allah.. amin...
terbaIk r jaT...plg suka bab NOta Kaki Tue..ahahaha
Post a Comment