Saturday, November 1, 2008

Ukhwah...


Semakin erat ukhwah yang terjalin dalam kalangan kami ahli usrah induk. Semakin hari semakin mendalam rasa cinta sesama kami, dan cinta itu semata-mata hanya kerana Allah. Hari ini, 30 oktober 2008, kami mengadakan usrah. Usrah diakan pada sebelah malam bermula pada pukul 11 malam. Kami mulakan usrah kami dengan bacaan ayat suci al-quran, al-fatihah. Di ikuti dengan tilawah, surah al-kahfi. Setiap daripada kami di minta membaca 5 ayat seorang sehingga ayat ke 20 dan diulang kembali. Selesai membaca akhi nabil menghuraikan sedikit sebanyak tentang isi kandungan ayat yang kami baca. Huraian yang cukup bermakna, tersentuh hatiku dengan ketabahan 7 orang pemuda yang sanggup meninggalkan negeri mereka semata-mata berpegang teguh dengan agama Allah.. subhanallah besarnya hati mereka ashabulkhahfi.. selepas mendengar penerangan daripada akhi nabil, kami membincangkan tentang perancangan utk KRM. Pembahagian naqib dan naqibah untuk adik2 krm. Insya’allah biah islamiah akan menjelma di IPSMB tahun depan. Semoga dengan perjuangan kami ini akan membawakan seribu satu cahaya kepada IPSMB ini. Masing-masing mengutarakan pendapat dan pandangan bagi memperkuatkan lagi pertubuhan ini. Kami ini merupakan grup underground KRM. Selesai berbincang, masing2 menyiapkan diri untuk tidur. Dalam pada itu, ada jgk sahabat ana yang menonton video kembara iman aku n sahabat bersama en. Zul ke kuala betis baru2 ini. Suasan ukhwah menyentuh kalbu ku tatkala melihat kembali video itu. Sungguh indahnya ukhwah yang aku rasakan. Satu pengalaman yang cukup bermakna dalam hidupku. Akhi fazli n akhi nabil mengambil beberapa video dari laptopku utk dijadikan tayangan pd tazkirah selepas subuh nanti. sahabat2ku sudah baring bagi mendapatkan tenaga utk qiam nnt. Pada masa ini, aku mengambil sedikit waktu bagi meluahkan apa yang tersirat di hatiku. Aku mencoretkan bait2 kata hatiku ke dalam laptop ku. Suasuana sekeliling sunyi sepi. Aku perhatikan persekitaran surau al-firdaus. Tenang. Namun di sebalik ketenangan tersimpan seribu satu cerita di sebaliknya. Terasa indahnya ukhwah ini. Kami tidur beramai-ramai di surau. Inilah dia ukhwah fillah. Kenikmatannya hanya dapat dirasai oleh kami.


Pagi tadi program yg dirancang berjalan lancer. Qiamullai yang di imamkan oleh beberapa orang sahabatku. Sesi tazkirah yang disampaikan oleh akhi afiq. Olahan tazkirah yang begitu baik. Sedikit ceramah motivasi oleh akhi fazli. Beliau berkongsi ilmu dengan kami semua. Ilmunya cukup banyak. Aku bersyukur mempunyai seorang akhi seperti beliau. Cahaya keimanan terpancar di wajahnya. Beliau ibarat seorang abang kepada kami semua. Masa solat hajat tadi, aku menangis. Menangis seorang hamba yang meminta kepada Penciptanya. Hatiku berasa begitu tenang. Tenang setenang tenangnya. Dapat meluahkan apa yang terbuku di lubuk hatiku. Terasa diriku begitu kerdil di hadapanNya. Aku memohan agar ditetapakan hatiku dan hati2 sahabatku di jalan dakwah ini. Kukuhkan ikatan ukhwah antara kami Ya Allah.. Janganlah Engkau palingkan hati2 kami setelah berikan kami kenikmatan ini ya Allah… Sesungguhnyan kami hanya insan biasa yang banyak melakukan kekhilafan dalam setiap perbuatan kami, maka Kau bantulah kami dalam mendidik jiwa kami agar tidak lalai dalam menjalankan amanahMu ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku memohon. Ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang… Kau berikanlah kepada kami rasa cinta dan kasih kepada kami ya Allah, semaikanlah di hati kami rasa cinta dan kasih sayang antara kami hanya keranaMu ya Allah… perkenankanlah doaku ini ya Allah… makbulkan doaku ini Ya Rahim…


Pagi ini, kami keluar menikmati sarapan pagi bersama. Terasa ukhwah yang terjalin antara kami semakin erat. Indahnya. Aku bersyukur dengan ukhwah yang Kau berikan kepada ku. Mempunyai sahabat yang saling mengingatkan agar tidak jauh dari Mu ya Allah.. semoga ikatan ukhwah ini berkekalan sehingga akhir hayat kami… indahnya ukhwah fillah ini… ya Allah… jadikanlah generasi pelapis kami seperti kami malah lebih hebat dari kami, Kau semaikanlah di hati mereka rasa kecintaan kepada Mu.. berukhwah kerana mu agar mereka dapat merasai kenikmatan ukhwah fillah yang kami rasa ini.. Amin…

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih