Wednesday, October 29, 2008

Tanggungjawab Seorang Lelaki

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

v Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

v Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri,dosa anak perempuan yang belum kahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN?

v Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tidak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?

v Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Keistimewaan lelaki yang dianugerahkan oleh ALLAH:

v Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

v Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

v Wanita saksinya kurang berbanding lelaki

v Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki

v Wanita perlu manghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

v Wanita wajib taat pada suaminya

v Talak terletak ditangan suami

v Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki

v Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja :sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

v Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabillillah tanpa perlu mengangkat senjata.Masya ALLAH sayangnya ALLAH pada wanita….

1 comment:

Anonymous said...

salam

syukran ats tazkirah(peringatan) yg anta berikan. sememangnya, ada muslimah yg mpertikaikan tggungjwb lelaki & perempuan(smasa ana bsekolah dulu). Alhamdulillah, dgn artikel ini, sesungguhnya, Terbukti bahawa Allah Maha Adil dan setiap ciptaannya ada Hikmah yg kita sendiri tak nmpak dgn mata kasar, tetapi dpt memberi kesedaran yg amat dalam.

syukran Alaik..

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih